Selasa, 8 Ogos 2017

KRAFTANGAN




                                Image result for kraftangan di malaysia

pengenalan :


Barangan kraftangan merupakan produk yang melambangkan identiti masyarakat Malaysia. Terdapat pelbagai barangan kraftangan di Malaysia antaranya ialah batik,anyaman,tembikar dan key chain .Hasil pembuatan kraftangan amat unik dan halus, ianya harus diwarisi oleh anak-anak muda masa kini supaya ianya tidak hilang ditelan zaman dan akan terus menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Malaysia. 


Definisi kraftangan


kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan 
sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau 
kecil-kecilan.  Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kepada kebudayaan dan atau keagamaan.


Jenis-jenis Kraftangan Di Malaysia 


  Image result for batik sarawak

1) BATIK

Batik memang terkenal sebagai satu produk kraftangan tradisional yang unggul di Malaysia. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 masihi. Pada tahun 1920, penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya Negeri Kelantan yang merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik di negara ini.Batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap satunya mempunyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa digunakan ialah Batik Blok, Batik Skrin dan Batik Conteng.Pada masa ini peralatan -peralatan moden seperti mesin-mesin yang dikendalikan oleh komputer telah diperkenalkan. Pada masa sekarang batik bukan sahaja diminati di kalangan penduduk tempatan, khususnya orang-orang melayu tetapi juga amat popular dan digemari oleh pelancong-pelancong asing yang datang ke negara ini. Rekacorak batik yang dihasilkan oleh rakyat negara ini telahpun diterima oleh pereka-pereka fesyen terkenal dunia seperti Pierre Cardin, Yves St. Laurent dan Bonia. Produk-produk batik daripada pereka-pereka fesyen terkenal dunia ini boleh dilihat melalui skaf-skaf, tali leher dan sapu tangan selain baju kemeja.





Related image  Image result for anyaman tikar mengkuang kelarai

2) ANYAMAN TIKAR (MENGKUANG KELARAI)


Menganyam ialah proses menjalin helaian atau jaluran daun mengkuang atau daun pandan yang telah diproses mengikut tatacara tertentu. Seni anyaman ini telah terkenal sejak zaman dahulu lagi dalam masyarakat melayu terutamanya di Terengganu, Kedah, Perak dan Melaka.
Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu.  Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai tepi pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung atau nama yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan lain seperti kangkung dan sebagainya.


Pewarnaan Cara Tradisional

v  Bahan seperti kunyit, buah kesumba India, dan daun
v  mengkudu digunakan sebagai pewarna asli pada zaman dahulu.
v  Kunyit ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam air mendidih untuk
v  mendapatkan warna kuning.
v  Buah kesumba diguna untuk menghasilkan warna jingga dan merah.
v  Buah pokok arang diguna untuk mendapatkan warna hitam
v  Untuk  mendapatkan warna yang lebih cerah, menggunakan kapur.
v  Contohnya, warna kuning pinang masak di campur dengan kapur sirih.
v  Warna hijau diperolehi dari daun pohon bemban.


Teknik Pewarnaan

v  Air bersih dipanaskan sehinga mendidih didalam sebuah periuk.
v  Bahan pewarna kemudian dimasukan ke dalam air tersebut dan di aduk sampek tercampur.
v  Masukkan daun mengkuang dan ikatlah,ke dalam periuk yang berisi air pewarna tadi dan rendamlah.
v  Keluarkan rendaman daun mengkuang tersebut setelah kira-kira setengah jam-an.
v  Daun mengkuang dicuci dengan air bersih.
v  Ikatan daun mengkuang dibuka dan dijemur sehigga kering.





Image result for cara membuat keychain sulaman    Related image

                  


3) KEY CHAIN (SULAMAN)


Keychain sulaman benang merupakan salah satu kraftangan yang dilakukan untuk mengisi lapang anda Selain dijadikan cenderahati untuk rakan rakan keychain ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah.

Rantai kunci , fob utama atau cincin utama adalah rantaian kecil, biasanya diperbuat daripada logam atau plastik yang menyambungkan barang kecil ke rantai kunci. mrmbolehkan item digunakan dengan lebih mudah daripada jika disambungkan terus ke keyring. Antara keychain kraftangan di malaysia ialah keychain kayu , keychain sulaman benang dan lain-lain.


CARA MEMBUAT KEYCHAIN SULAMAN


1. Menggunakan gunting, benang, kertas tebal atau kotak. ukur benang sama panjang sebanyak empat helai dan simpulkan satu persatu.

2. Ambil benang warna mengikut kesukaan sendiri lilit sebanyak 4 lilitan. Angkat benang ke atas , lilit benang kedua ke bawah dan jatuhkan benang pertama. Dan lakukan berulang-ulang kali.




Image result for tembikar     Image result for tembikar


4) TEMBIKAR


Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuatdaripada tanah liat. Ia dikeringkan dengan cara mendedahkannya dibawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedahatau dalam tanur.Bukti penemuan barangan tembikar seperti di GuaCha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis, UluTembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan GuaNiah di Sarawak.



1. MENYEDIAKAN TANAH

 2. MEMBENTUK   

 • Ditumbuk menggunakan lesung

 • Ibu jari telunjuk turut berperanan penting kaki. Selepas itu diayak dan ditapis dalam pembentukan permukaan labu yang untuk memisahkan sampah-sarap masih separuh kering. Tanah berbentuk dan ketul-katul batu yang ada. silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan
                              
 • Pastikan tanah itu menjadi padat dan diletakkan di atas pinggan. dan bebas daripada gelembung

 •Proses pemicitan ini dilakukan untuk udara. Tanah itu kemudiannya menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, dibentuk menjadi silinder kepala dan muncung labu.

 3. MENGHIAS 

4. MEMBAKAR

 •Apabila labu siap ia dilicinkan 

 •Pastikan hendaklahtembikar benar- diletakkan di benar kering tempat yang rata sebelum dan selamat disimpan sewaktu digunakan

 •Cara mengilap tembikar hendaklah dilakukan secara cermat kerana tembikar mudah pecah



Penutup :


  • saya berharap blog ini akan menjadi satu rujukan kepada pelajar ataupun masyarakat di luar sana. Selain itu, dapat memperkenalkan serba sedikit mengenai kraftangan yang ada di Malaysia. Semoga Kraftangan ini tidak luput di tinggal zaman. Akhir sekali, saya inigin mengucapkan sekian terima kasih.

































KRAFTANGAN

                                 pengenalan : Barangan kraftangan merupakan produk yang melambangkan identiti masyarakat Malaysia. ...